Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Terengganu Akan Berusaha Tuntut...

Marang: Terengganu akan terus berusaha menuntut baki pembayaran royalti petroleum atau Wang Ehsan...

Petugas Media Tak Dibenar...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari...

Najib Ajak Rakyat Tuntut...

Dari Facebook Najib RazakSAYA baca ramai komen yang minta saya desak kerajaan PN...

Mustapa Diberi Mandat Runding...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat...

Pesawat MH360 Dari KL Ke Beijing Berpatah Balik

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines MH360 yang berlepas ke Beijing dilaporkan terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas berlegar di ruang udara Selat Melaka.

Astro Awani melaporkan, menerusi paparan di laman web flightradar24.com, pesawat jenis Airbus A330-323 itu mula berpatah balik pada sekitar jam 6.21 petang Sabtu.

Semakan pada flightradar24.com turut menunjukkan pesawat berkenaan berlepas pada jam 6.06 petang dan berlegar lebih dua jam di ruang udara tersebut.

Sementara itu, Harian Metro pula melaporkan, pesawat itu yang melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur 6 petang Sabtu sepatutnya tiba di Beijing pada jam 12.20 tengah malam.

Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan bahawa pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan namun tidak dapat memastikan punca ia patah balik ke KLIA.

Kenyataan itu menambah, penerbangan turut dijadual semula dan berlepas pada jam 12.30 tengah malam ini dan dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi Ahad.

Kategori