Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PM Israel Bertemu Putin...

MOSCOW – Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir...

Lagu Pen Pineapple Apple...

JIKA dahulu lagu Gangnam Style menjadi siulan ramai sehingga menjadi antara lagu yang...

Bayi 4 Bulan Maut...

SEMPORNA - Seorang bayi perempuan berumur empat bulan maut selepas kenderaan pacuan empat...

Qatar Development Fund Untuk...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai pengurusan etnik Rohingya, Myanmar yang memegang...

Polis Belum Terima Laporan Tentang Kenyataan ‘Republic Of Malaysia’

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima apa-apa laporan tentang kenyataan Republic of Malaysia oleh seorang peserta rakyat Malaysia Miss Crystal Angel International, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, pihaknya belum menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak berhubung kenyataan itu setakat ini.

“Saya tidak dimaklumkan lagi ada laporan tentang kenyataan Republic of Malaysia. Bukan tidak ada laporan polis, benda ini baru jadi saya kena semak dulu,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Mazlan ditanya media tentang penularan sebuah video yang menunjukkan salah seorang daripada dua peserta Malaysia memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili ‘Republic of Malaysia’.

Peserta Malaysia yang kontroversi itu dilihat menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya.


Pada Selasa, Miss Crystal Angel Antarabangsa (MCAI) memohon maaf secara terbuka mengenai kejadian itu.

“Kami sebagai penganjur organisasi MCAI Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kesilapan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’.

“Kesilapan ini bukan datang daripada peserta Malaysia namun ia adalah kesilapan kami,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kategori