Friday, July 5, 2024

Creating liberating content

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan data perkhidmatan...

Pembaca Berita Tabah Sampaikan...

TABAH sunguh pembaca berita wanita dari IBC24 di Chhattisgarh, Timur India ini apabila...

Pertimbang Semula Pelantikan Maszlee...

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata pelantikan Menteri...

Mangsa Kebakaran Kampung Air...

SEMPORNA - Mangsa kebakaran Kampung Air Hujung yang ditempatkan sementara di Dewan Belia di Kampung Bangau-Bangau...

Pos Malaysia Lancarkan Setem Edisi Terhad Batman

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan siri setem edisi terhad bertemakan ‘Batman’ dengan kerjasama Warner Bros Consumer Products dan DC.

Perasmian 10 setem dan satu setem holografik itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor, dan Pengarah Bersekutu Pacific Licensing Studio, Keith Ng, di ibu pejabat Pos Malaysia, di sini.

Batman mula tampil sebagai elitis penentang jenayah Bruce Wayne dalam komik detektif #27 DC pada 30 Mac 1939.

Digelar Dark Knight, Batman teguh menjadi simbol kesungguhan, keberanian dan keadilan dalam kalangan generasi peminatnya sejak 80 tahun lalu.

Batman mempengaruhi segenap aspek hiburan moden, tampil dalam komik, kartun, siri televisyen, permainan video, taman tema, koleksi khas, produk pakaian dan gaya hidup, selain animasi blockbuster dan filem.

Ketua Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia, Schrene Goh, ketika ditemui berkata, edisi terhad itu adalah tanda penghormatan kewujudan Batman selama lapan dekad, dalam bentuk komik hingga ke layar perak.

“Pengeluaran set setem khas ini diharap menarik minat generasi muda menanam sikap mengumpul setem pada zaman sekarang.

“Kita harap ia mendapat sambutan dalam kalangan peminat Batman untuk dijadikan koleksi,” katanya.


Berbeza dengan pengeluaran setem biasa, koleksi Setem Ku siri Batman hanya boleh didapati dengan pembelian dalam set folder lengkap dan tidak dijual secara berasingan.

Goh berkata, sebanyak 8,000 set bakal mula dijual bermula hari ini.

Katanya, setiap set lengkap dijual pada harga RM120 dan boleh didapati di semua pejabat pos besar, pejabat pos terpilih di seluruh negara dan pembelian dalam talian di www.eziemall.com.

“Atas dasar eksklusifnya, siri setem edisi dilengkapi dengan dua keping setem bertebuk, satu helaian setem holografik, dua keping penutup cenderamata, tiga poskad dan folder khas Batman,” katanya.

Selain itu, sebanyak 40,000 pek khas merangkumi tiga setem, poskad dan sampul khas Batman turut dijual pada harga RM10. – BH Online

Kategori