KUALA LUMPUR – Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan terus berpanjangan apabila bekas isteri Sultan Muhammad V mendedahkan wajah anak mereka.
Rihana sebelum ini enggan mendedahkan wajah anak lelakinya yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra kepada umum.
Bagaimanapun, dia berjanji akan berkongsikan wajah bayi yang mesra dengan panggilan Tengku Leon menerusi laman YouTube miliknya tidak lama lagi.
Akhirnya selepas lima bulan berahsia, Rihana mengotakan janjinya dengan memuat naik beberapa foto wajah anak sulungnya di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Tengku Leon.
Terdahulu, Rihana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V. Malah, bulan lalu Rihana turut memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia untuk menentukan siapakah ayah kepada anaknya.
Lebih kecoh apabila peguam Sultan mempersoalkan tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan. – mStar Online