Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Menyamar Polis Untuk Larikan...

KUANTAN - Polis giat mengesan seorang lelaki berusia awal 30-an yang disyaki menyamar...

Guan Eng Mengelak Jawab...

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sekali lagi mengambil langkah selamat...

Harga RON95 Mungkin Jatuh...

REMBAU (Negeri Sembilan) - Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah...

Rondaan Berkuda Di Sempadan...

PASIR MAS - Rondaan berkuda di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dijangka akan bermula...

Rombakan Kabinet Hanya Untuk Alih Perhatian – Annuar

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, ‘cakap-cakap’ berkaitan rombakan Kabinet hanya satu usaha mengalih perhatian serta membendung ‘defisit keyakinan’ yang menimpa Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, ia susulan kekalahan PH dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai iaitu 15,086 undi.

“Ia tidak dapat mengubah kebobrokan kerajaan PH. Penyakit PH adalah di kepala bukan di ekor, potong ekor tak mengubah apa-apa,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu menerusi di Twitternya.

Minggu lalu tular senarai baharu barisan Kabinet selepas tersebar dakwaan akan berlaku rombakan berikutan beberapa menteri dikatakan gagal mencapai prestasi selain kekalahan pada PRK 16 November lalu.

Pada PRK Parlimen Tanjung Piai, wakil BN dari MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng memperoleh undi sebanyak 25,466 manakala Karmaine Sardini daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili PH mendapat 10,380 undi.

Sebelum itu, BN telah berjaya mencipta hatrik kemenangan menerusi PRK di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.

Kategori