Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Hadapi Tuduhan...

KUANTAN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Pemandu Kereta Maut Berlanggar...

KUCHING - Seorang lelaki maut apabila kereta Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 12,493 orang setakat...

Kejutan Nur Dhabitah Nyalakan...

KUALA LUMPUR - Nur Dhabitah Sabri yang genit dan periang adalah "kejutan" yang...

RTS Dilanjut 6 Bulan Teliti Perjanjian, Bukan Timbang Projek

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan lanjutan enam bulan bagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura diperlukan untuk meneliti semula tiga perjanjian berkaitan projek itu.

Perjanjian itu adalah Perjanjian Dua Hala yang baharu, Perjanjian Usaha Sama dan Perjanjian Konsesi yang membabitkan persetujuan Malaysia dan Singapura, dan perlu dimuktamadkan sebelum 30 April tahun depan.

Beliau menegaskan lanjutan ketiga untuk projek RTS itu bukan kerana Kerajaan Malaysia belum ada keputusan mengenainya, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Bahasa Inggeris baru-baru ini.

“Betul, kita ada permintaan lanjutkan selama enam bulan sebelum kita dapat menandatangani semua perjanjian, kerana kerajaan memutuskan untuk meneruskan RTS dengan pindaan pada skop dan struktur projek.

“Apabila ada pindaan, perlu ada kajian (pada pindaan itu). Kita akan melantik perunding secara bersama untuk laksanakan kajian kejuruteraan, serta pindaan pada perjanjian yang perlu kita tandatangani.

“Bukannya kita minta lanjut kerana belum ada keputusan. Kita sudah buat keputusan untuk teruskan, tertakluk pada persetujuan Singapura.

“Tempoh enam bulan itu bukan penggantungan untuk meneliti semula (sama ada laksana atau tidak) projek RTS, tapi untuk mengkaji bagaimana pelaksanaannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas laporan media Singapura yang memetik kenyataan Menteri Pengangkutan negara itu, Khaw Boon Wan, bahawa Malaysia memohon lanjutan enam bulan pada 29 Oktober lalu bagi projek RTS untuk kali ketiga, sehingga 30 April 2020.


Ditanya mengenai penjimatan kos projek RTS sebanyak 36 peratus, Loke berkata, ia adalah penjimatan kos bagi pihak Malaysia, bukan keseluruhan projek.

“Memang kos ini membabitkan dua pihak, namun untuk infrastruktur stesen, jambatan dan sebagainya yang berada di sebelah Johor, adalah tanggungjawab Malaysia.

“Penjimatan kos yang kita sebut itu adalah di sebelah kita, iaitu antara stesen Bukit Cagar dan infrastruktur jambatan itu hingga ke sempadan jambatan Singapura,” katanya.

Ditanya sama ada Malaysia mengekalkan kapasiti penumpang yang sama, Loke berkata, perbincangan sedang berlangsung antara kedua-dua negara, dan pihaknya tahu permintaan Singapura yang perlu dipenuhi.

Pada 31 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan Malaysia akan meneruskan pelaksanaan RTS dengan penjimatan RM1.77 bilion. Kos baharu projek itu adalah RM3.16 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion yang ditetapkan kerajaan terdahulu. – BH Online

Kategori