Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bapa Empat Anak Didakwa...

KUANTAN - Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

Warga Emas Terlantar Syukur...

BERA - Terlantar sejak enam bulan akibat menghidap penyakit gout yang kronik, menyebabkan...

Air Mengandungi Serbuk Abate...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas yang disebabkan fenomena El Nino mendorong masyarakat untuk...

Nala Si Kucing Popular,...

SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing...

Shafee Kecewa, Mahu Patahkan Semua Dakwaan Pada Najib

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberi jaminan akan memanfaatkan prosiding pembelaan bekas Perdana Menteri dengan mematahkan semua pertuduhan terhadap anak guamnya berkaitan SRC International Sdn Bhd. 

Meskipun kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, peguam bela utama Datuk Seri Najib Razak itu optimis kes itu akan berpihak kepada mereka walaupun ia akan dibawa ke Mahkamah Rayuan atau Persekutuan. 

“Kita terperanjat dan juga kecewa sebab kita sangkakan kes ini amat kuat dari segi pembelaan, sungguhpun pembelaan tidak didengar lagi kita sangkakan andaian yang dikenakan telah dipatahkan.

“Tetapi hakim berpendapat berlainan, jadi kita kena lihat apa sebenarnya fakta-fakta yang kita harus patahkan satu persatu.

“Walaubagaimanapun kita amat yakin bahawa kes ini akan berakhir sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dengan satu keputusan yang memihak Datuk Seri Najib. Ini saya sangat yakin,” katanya kepada pemberita. 

Najib yang didakwa melakukan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta diperintah membela diri.


Beliau memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Selain itu Shafee memaklumkan akan memanggil dua saksi profesional pada prosiding pembelaan kelak termasuk bekas Perdana Menteri itu sendiri. 

“Ada dua saksi profesional yang kami akan panggil Datuk Seri Najib dan beberapa lagi yang kami tidak mahu sebut di sini siapa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Kategori