Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anggota UMNO Ingin Sertai...

ALOR SETAR - Pemimpin UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

GAMBAR: Terbaik! Siti Nurhaliza...

DALAM banyak-banyak gambar yang dimuat naik para selebriti ketika beraya, gambar yang dikongsi oleh...

Kumpulan CIMB Tutup Pejabat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan CIMB akan menutup pejabatnya di Sydney dan Melbourne susulan...

Rimas Diganggu Lelaki Singapura...

SEORANG ratu cantik, Miss Montenegro 2015, Natasha Milosavljevic, 23, rimas selepas dihujani dengan panggilan...

SPR Keluarkan 388,098 Pemilih Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan seramai 388,098 pemilih yang meninggal dunia daripada senarai daftar pemilih sejak 2017 hingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin, berkata jumlah itu membabitkan 91,154 pemilih meninggal dunia yang dikeluarkan daripada senarai itu sejak Januari hingga 31 Ogos tahun ini.

Katanya, pada 2017, sebanyak 179,118 nama pemilih meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih, manakala 117, 826 penama dikeluarkan pada 2018.

Beliau berkata, SPR juga membersihkan nama mereka yang melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan daripada senarai daftar pemilih.

Pengemaskinian data itu dibuat berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Pembersihan dan pengemaskinian ini bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan telus dan bersih,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahu Perdana Menteri menyatakan langkah sudah dan sedang diambil SPR untuk membersihkan daftar pemilih.


Mohamed Hanipa berkata, pada 2017, sebanyak 11,799 nama pemilih yang hilang taraf kewarganegaraan dikeluarkan, diikuti 3,496 pada 2018, manakala dari Januari sehingga 31 Ogos lalu, 3,940 nama juga diambil tindakan sama.

Katanya, SPR juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menangani isu pesara tentera dan polis didaftarkan sebagai pengundi awal.

“Antara langkah dilakukan ialah mengemaskini lokaliti awam dalam bahagian pilihan raya yang sama untuk memastikan mereka mengundi sebagai pengundi biasa jika berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Kecil (PRK),” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai sistem pendaftaran automatik, Hanipa berkata, SPR akan cuba melaksanakan sistem itu sebelum PRU-15.

“Ketika ini, beberapa langkah ke arah pelaksanaan sistem itu mula dilakukan bagi memastikan ia boleh dilaksanakan pada PRU-15 nanti,” katanya. – BH Online

Kategori