Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PNMB Bakal Diswastakan –...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Lelaki Beri ‘Bayi’ Susu...

SEMPENA sambutan Hari Ibu yang disambut pada Ahad lepas, sekumpulan lelaki di Shanghai,...

Perkampungan Orang Asli Pos...

IPOH - Perkampungan Orang Asli Pos Raya yang didiami kira-kira 500 keluarga suku kaum Temiar di Simpang Pulai...

Sangkal Dakwaan Kad Paywave...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan hari ini menyangkal dakwaan di media sosial bahawa...

SPR Nafi Tidak Berlaku Adil Di Tanjung Piai

PONTIAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan pihaknya tidak berlaku adil kepada semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata merujuk kepada insiden di Pasar Awam Pekan Nanas, tindakan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) menurunkan bahan-bahan kempen adalah selaras dengan peruntukan ditetapkan.

“Terdapat satu kain rentang Parti Gerakan (ucapan perayaan Deepavali), lapan unit kain rentang Pakatan Harapan dan enam unit kain rentang tanpa pemilikan yang tiada maklumat pencetak.

“Pasukan PP-KPR telah menurunkan bahan-bahan kempen tersebut dan tindakan ini adalah selaras dengan Seksyen 11(1) (c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar berkata dalam masa sama, semua bahan kempen atau cetakan tersebut juga diikat pada pagar pasar, iaitu struktur awam di mana ia tidak dibenarkan diletakkan di tempat berkenaan sama ada melibatkan bahan pameran pilihan raya atau tidak.

Kesemua bahan kempen tersebut diturunkan dan tindakan berkenaan dipersetujui oleh wakil parti yang hadir tanpa bantahan, katanya.

“Sehubungan itu, dakwaan laporan berita pada 5 November 2019 bahawa SPR tidak berlaku adil adalah tidak benar. Setiap tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh SPR adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Menurut Azhar, dalam memastikan aktiviti kempen pada setiap pilihan raya umum atau pilian raya kecil dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan, SPR mewujudkan PP-KPR bagi memantau dan mengawal aktiviti calon dan parti politik sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, SPR melantik empat pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bermula pada hari penamaan calon, 2 November lepas dan berakhir 11.59 malam, 15 November dan pasukan itu sudah mula bertugas sejak hari penamaan calon sehingga keputusan rasmi pilihan raya diumumkan.


“Keanggotaan PP-KPR sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27C Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah terdiri daripada seorang Pegawai Penguat Kuasa (Ketua PP-KPR), seorang wakil PDRM (Polis Diraja Malaysia), seorang wakil PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan seorang wakil dari setiap parti atau calon yang bertanding,” katanya.

Fungsi dan bidang tugas PP-KPR berdasarkan kepada Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah merangkumi rondaan dan pemantauan aktiviti calon, menurunkan bahan kempen terlarang, memberhentikan ucapan/syarahan terlarang, mengawal dan aktiviti berkempen, kata Azhar.

Menurut Azhar, maklumat ringkas berkaitan tindakan penguatkuasaan serta statistik laporan PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) yang dipantau oleh SPR akan dipaparkan setiap hari sepanjang tempoh berkempen dalam Facebook, Twitter dan portal SPR.

“Justeru, SPR sentiasa komited dalam memastikan setiap urusan pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara adil, telus dan tidak menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.

Dua hari lepas, Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau dilaporkan meminta SPR supaya bertindak adil kepada semua parti dan calon yang bertanding pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Lau dilapor berkata beliau hairan dengan tindakan SPR yang tidak membenarkan jentera partinya meletakkan gegantung di satu lokasi berhampiran pasar awam dan tepi jalan berdekatan masjid di Pekan Nanas.

Kategori