Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rishi Sunak Peroleh Sokongan...

LONDON : Bekas menteri kewangan, Rishi Sunak yang juga ahli politik Parti Konservatif...

Wanita Disyaki Bunuh Suami...

JOHOR BAHRU: Wanita yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga mati di Flat...

Aishah Nafi Tiada Pihak...

MINGGU kedua program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4)Ā menyaksikan Ferhad menamatkan perjalanannya di pentas...

Charles Santiago Dilantik Jadi...

KUALA LUMPUR ā€” Anggota Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago telah dilantik sebagai pengerusi...

Tiada Lagi Pengiring Trafik Untuk Najib?

PETALING JAYA – Polis tidak lagi akan menyediakan khidmat pengiring trafik untuk mengiringi bekas perdana menteri Najib Razak, keputusan yang mengingatkan pada penarikan balik khidmat pengiring Dr. Mahathir Mohamad oleh pentadbiran lepas dua tahun lalu.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dalam surat kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Surat yang dipetik FMT itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab khidmat itu ditamatkan.

FMT sedang menghubungi Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri untuk pengesahan.

Pada April 2016, khidmat pengiring untuk Mahathir ditarik balik kira-kira dua bulan selepas beliau meninggalkan UMNO pada kemuncak pertelagahannya dengan Najib mengenai saga 1MDB.

Pada November 2017, dilaporkan polis menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas untuk Mahathir. Dakwaan itu disangkal oleh ketua polis negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun. – FMT

Kategori