PENULIS ada terlepas apa-apa isu panas berkaitan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke?
Anda ada info ke mengapa replika keris di bulatan UIAM dialihkan secara tiba-tiba?

Keris yang kita tahu adalah simbol bangsa Melayu.
Tidak semestinya ia mencerminkan keganasan. Ia sebenarnya lebih mencerminkan ketinggian bangsa Melayu dari segi falsafah keselamatan dan ilmu pandai besi.
Justeru, kenapa ia perlu diganti secara tiba-tiba?

Oklah kalau nak letak replika menyerupai Al-Qur’an yang boleh dikatakan mencerminkan ilmu dan wahyu dalam Islam.
Cuma kenapa keris dialihkan? Kan BOLEH LETAK SERENTAK.
Ada puak biadap yang kurang senang ke dengan tertegaknya keris di bulatan pintu masuk UIAM di Gombak?
Atau ada sebab yang lebih akademik untuk difahami? – Mynewshub.TV