Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4 Pengedar Dadah Tersungkur,...

JOHOR BAHRU – Tindakan licik sindiket pengedaran dadah membungkus pelbagai jenis dadah dalam...

Raja Perlis Tidak Mahu...

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini menzahirkan rasa...

1,500 Terkandas Di KLIA...

PUTRAJAYA - Kira-kira 1,500 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),...

Lelaki Perlu Tahu Hak...

BANGI - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyebar luas maklumat...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

DOHA – Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki suara lunak dan fasih membaca al-Quran.

Hal ini berikutan pihak pengurusan masjid terdengar bacaan merdu, Shalawi Siraje.

Rakaman itu dipercayai direkod oleh pengunjung memaparkan Shalawi sedang membersihkan lantai sambil mengalunkan bacaan surah Maryam.

Tanpa menyedari dirinya dirakam, pengunjung bertegur sapa dengan Shalawi sebelum dia memberitahu berasal dari Uganda dan bersekolah di tahfiz di negara itu.

Susulan itu, Shalawi menerima berita gembira apabila majikan menawarkan dia jawatan sebagai imam masjid ditempatnya bekerja gara-gara rakaman videonya tular di laman sosial.

Video durasi 5 minti 43 saat itu meraih lebih 101,100 tontonan setelah dimuat naik di Twitter Muslim Daily.


Setelah nama dan videonya Shalawi tular, beliau juga sempat menzahirkan ribuan terima kasih dan menitip nasihat kepada netizen.

“Ingatlah ALLAH walau di mana pun anda berada, ketika anda bekerja atau tidak. Ramai orang fikir, Islam adalah hanya orang Arab tetapi mereka salah. Islam adalah untuk semua makhluk di muka bumi ini.

“Itu sebab mungkin banyak juga yang tak menyangka saya tidak pandai membaca al-Quran. Ini kerana saya kulit hitam, bukan kaya raya dan hanya seorang tukang cuci.

“Namun sebenarnya Quran bukan saja untuk Arab, tetapi untuk semua manusia,” katanya. – Agensi

Kategori