Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Norza Menang Tanpa Bertanding...

RASMI... Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menang jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM)...

Pemilihan PKR 2022: Penamaan...

SHAH ALAM - Proses penamaan calon peringkat pimpinan di semua 222 cabang seluruh...

Sebanyak 24 Kawasan Rekod...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat...

Kerajaan Akan Laksana Projek...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan...

UK Ambil Balik 42 Kontena Sisa Plastik Dari Malaysia

PETALING JAYA – United Kingdom bersetuju mengambil semula 42 kontena berisi sisa plastik yang dihantar secara haram ke Malaysia sebelum ini.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan iklim dan Suruhanjaya Tinggi British hari ini, pihak berkuasa dan ejen perkapalan sedang bekerjasama dalam proses penghantaran balik sisa plastik itu mengikut Konvensyen Basel.

Kenyataan itu berkata, kontena yang tiba di Pelabuhan Pulau Pinang antara Mac tahun lepas dan Mac tahun ini dianggap tidak sah kerana gagal mematuhi kertas import yang diperlukan.

Pengumuman itu berikutan kunjungan yang dilakukan Agensi Alam Sekitar UK baru-baru ini, yang dianjurkan oleh suruhanjaya tinggi sebagai tindak balas kepada berita mengenai penghantaran plastik secara haram dari UK.

Kenyataan itu berkata, wakil Agensi Alam Sekitar UK mengadakan beberapa siri pertemuan dengan kementerian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam (JKDM), pihak berkuasa pelabuhan dan agensi berkaitan di Malaysia.

“Mesyuarat ini menghasilkan pemahaman yang lebih baik mengenai rangka kerja dan dasar pengawalseliaan yang berkaitan dengan perdagangan sisa plastik, serta pertukaran pengetahuan dalam risikan, prosedur pemeriksaan, pengenalan dan penghantaran balik sampah plastik,” kata kenyataan itu.

Kategori