Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Creating a Fruitful Collegelevel...

Nowadays you receive the delights of seeking to outsource expert solutions wherever your...

Covid-19 : 3,684 Kes...

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,684 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes...

Coronavirus Sudah Memasuki Amerika...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan virus baru berasal dari China sudah memasuki...

Fara Fauzana Sertai Misi...

SEJAK menamatkan khidmatnya daripada menjadi seorang penyampai di stesen radio Hot FM, pengacara...

Umpama Memancing Ikan Haruan…

KALAU pemancing ikan darat di parit, haruan pastinya satu pilihan yang sentiasa menarik minat.

Selain harga dan pelbagai kelebihan lain, haruan menghidangkan cabaran yang agak sukar untuk dipancing.

Pengail perlukan umpan yang tepat. Kerap kali yang digunakan adalah katak.

Memancing haruan ni, berbeza dengan ikan lain. Si pemancing perlu membaling dan menarik umpan berkali-kali.

Tak boleh baling sahaja dan senyap. Tak boleh baling dan tarik sekali aje.

Kena buang tarik berulang kali. Ikan haruan tertarik pada umpan yang hidup dan bergerak.

Benda yang tidak bergerak, tidak akan dihampiri. Kalau makan pun akan lambat jadinya.

Buat berterusan, akhirnya ikan berkenaan akan termakan umpan dan si pemancing yang sabar akan menerima habuan.

Namun semua itu benda biasa yang takda apa isu pun sebenarnya.

Tetapi…

Sejak kebelakangan ini, kita melihat pelbagai usahakan dilakukan secara berterusan untuk melemahkan insitusi raja-raja Melayu.

Kaedah yang digunakan ada persamaan dengan proses memancing ikan haruan.

Dari umpan besar seperti ICERD kepada penghinaan berterusan di media sosial, kepada pihak yang melaungkan penamatan institusi raja-raja Melayu, umpan sering dibaling dan ditarik.


Terbaru, tidak semena-mena Malaysia diumumkan sebagai sebuah republik di sebuah program kecantikan antarabangsa.

Bila sebilangan rakyat marah, penganjur memohon maaf bagi menutup perbuatan mereka.

Tidakkah ini seolah-olah hampir sama dengan apa yang berlaku selama ini?

Umpama satu lagi umpan dibaling bagi mendapatkan reaksi rakyat berhubung kedudukan raja-raja Melayu.

Bila marah, umpan itu ditarik dan umpan lain pula akan dilempar tidak lama lagi.

Jika dibiarkan, dikhuatiri perlahan-lahan, rakyat akan termakan juga umpan yang sering dibaling dan ditarik itu.

Akhirnya nanti, si pemancing biadap akan mendapat habuan mereka dan tersenyum girang.

Perbuatan berulang kali ini seharusnya dipandang berat oleh semua pihak terutama pihak-pihak istana.

Jangan sampai rakyat termakan salah satu umpan yang dibaling itu.

DAULAT TUNKU – Mynewshub.TV

Kategori