Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Majlis Penasihat Kerajaan Panggil...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim...

Kecoh Pemilihan, PKR Tunggu...

KULIM - PKR menunggu siasatan polis selesai terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil...

Calon SPM Mati Lemas...

ARAU - Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau yang akan menduduki...

Kayu Selfie Terbina Untuk...

KEBANYAKKAN peranti pintar di pasaran sedia mempunyai kamera hadapan dengan saiz sensor yang besar...

Video Guling MB Timbul Setiap Kali Sidang DUN – Abdul Aziz

IPOH – Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata pihak tertentu sengaja melakukan provokasi dan kali ini menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Abdul Aziz yang merujuk kepada penularan video berdurasi lima minit yang didakwa memaparkan perbualan antara beliau dengan beberapa individu daripada Pakatan Harapan kononnya mahu menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar turut menzahirkan rasa hairan kenapa ia hanya tular tiap kali menjelang sidang DUN.

“Esok sidang DUN akan bermula selama seminggu jadi saya fikir tidak perlu ulas lagi cuma berasa pelik isu begini sering timbul apabila setiap kali menjelang sidang DUN yang seolah-olah hendak provokasi kami (DAP).

“Bagaimana hendak jatuhkan Hendak bunuh Hendak tangkap atau culik Semua tak berlaku. Saya tidak tahu bila video itu (dirakam), saya tiada masa untuk melihatnya berikutan terlalu sibuk untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti isu lalat yang membelenggu penduduk di Manjung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu kepada pemberita selepas perasmian Ekspo Antarabangsa Perak 2019 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Perak mempunyai 59 ADUN dengan 30 daripada Pakatan Harapan terdiri daripada DAP (18), Amanah (enam), PKR (empat) dan Bersatu (dua) manakala BN (25), PAS (tiga) serta Bebas (satu).

Kategori