Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU-15: 50 Inisiatif Tekad...

Jelebu : Sumbangan kewangan RM300 dan 30 kilogram beras kepada pasangan bakal mendirikan...

DAP Sarawak Sedia Dapatkan...

KUCHING - DAP Sarawak sedia untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi...

Kongsi Inisiatif M’sia Memperkasakan...

NEW YORK – Datin Seri Rosmah Mansor berkata pemerkasaan wanita perlu diiringi dengan...

Meninggal Dunia Beberapa Jam...

RANCANGAN televisyen Today Show cuba memenuhi hasrat seorang pesakit kanser tulang berusia 22...

Wanita Rentung Kereta Terbakar Selepas Kemalangan

LAHAD DATU – Seorang wanita rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Dam Simpang Putatan di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan II, Julkifli Harry berkata, wanita yang menaiki Proton Saga itu rentung manakala seorang individu menaiki Toyota Revo cedera ringan.

Katanya, seramai lapan anggota bergerak ke lokasi kejadian dengan jarak 6.3 kilometer dari BBP Lahad Datu setelah menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan terbabit pada 6.24 pagi.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 7.11 pagi dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kategori