DUA beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, kira-kira 110 kilometer dari Ipoh, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, mangsa yang maut dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan adiknya Ida, 56, yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Kedua-dua mangsa ditemui berdekatan pintu utama rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.52 pagi.
Semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Piandang tiba di lokasi, rumah itu sudah terbakar 80 peratus, katanya.