Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peduli Diri, Santuni Krisis...

APA itu Kuarantin? Persoalan ini perlu difahami dengan jelas dan tepat supaya setiap...

Raja Salman Hos Majlis...

RIYADH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri...

Sabotaj Air: 2 Individu...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah syarikat menjadi individu pertama...

PM Ucap Tahniah 3...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

2 Daripada 9 Saksi Tampil Bantu Siasatan Kes Adib

KUALA LUMPUR – Dua daripada sembilan saksi yang sedang dikesan polis tampil bagi membantu siasatan kes bekas anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan 34 individu.

“Kita juga telah merakam keterangan pegawai, anggota polis yang berada di tempat kejadian, ahli kimia, pakar perubatan dan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Pihak polis sebelum ini mengesahkan pihaknya sedang mengesan sembilan individu bagi membantu siasatan kes kematian Muhammad Adib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua individu itu merupakan saksi di lokasi kejadian.


Pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan. – Sinar Harian

Kategori