Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Tertuduh Curi Telefon...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat...

Warga Nigeria Dicekup Santai...

SERDANG - Seorang lelaki warga Nigeria ditahan polis ketika sedang bersiar-siar dengan memandu...

Bekalan Makanan Cukup Untuk...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini, memberi jaminan bekalan...

Alunan Muzik Kini Hanya...

KUALA LUMPUR – Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love...

3 Anggota Polis Dakwa Cedera Dipukul Pegawai SPRM

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis mendakwa cedera dipukul pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh berumur 24, 25 dan 26 tahun itu telah hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, mereka mendakwa telah ditumbuk, ditampar serta ditendang ketika proses mengambil keterangan oleh pegawai SPRM dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Disember lepas.

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh ketiga-tiga anggota pada 27 Disember, berkenaan pegawai SPRM melakukan kekerasan ketika menjalankan proses merakam percakapan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan yang tiga anggota itu membuat laporan berkenaan.

Bernama bagaimanapun tidak berjaya mendapat maklum balas daripada SPRM Selangor berhubung kes itu.

Kategori