Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

23 Serangan, 5 Letupan...

BANGKOK- Polis Thai semalam melaporkan 23 serangan, termasuk lima letupan bom kecil di...

Wanita Disamun, Diraba Ketika...

TINDAKAN nekad seorang wanita melawan penjenayah bersenjatakan pisau akhirnya memakan diri apabila cedera di...

Polis Tawau Tahan 3...

TAWAU - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita dan merampas dadah jenis...

Mangsa Banjir Di Selangor...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Selangor yang ditempatkan di pusat pemindahan...

7 Individu Sudah Beri Keterangan Isu Abu Mayat Chin Peng

SERI MANJUNG – Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan lima lagi individu berhubung isu membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini menjadikan keseluruhan tujuh individu diambil keterangan setakat ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata pada Jumaat lalu polis sudah memanggil lima individu dan dua daripada mereka dirakam percakapannya.

Katanya, sehari selepas itu lima lagi individu dipanggil serta kesemua mereka juga sudah diambil keterangan dan siasatan dijalankan pihak polis Bukit Aman.

“Tujuh individu itu adalah mereka yang terbabit dan saksi yang menerima abu mayat, menaburkan di kaki Banjaran Titiwangsa dan lain-lain.

“Siasatan dijalankan oleh pihak Bukit Aman dan lokasi yang ditunjukkan oleh saksi di mana abu mayat itu ditabur juga sudah dilawati,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Manjung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Seri Manjung, hari ini.


Jumaat lalu, dilaporkan lima individu hadir di IPD Ipoh dipercayai untuk memberi keterangan berhubung isu membawa pulang abu mayat pengganas dan musuh nombor satu negara itu dari Thailand ke negeri ini.

Sebelum ini, media melaporkan satu kumpulan menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang untuk memperingati Setiausaha Agung PKM itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September 2013.

Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81, dilaporkan berkata separuh daripada abu mayat pengganas itu ditaburkan ke laut berhampiran Lumut dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Kategori