Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembinaan Velodrom Di Dungun...

KUALA TERENGGANU - Pembinaan velodrom berbasikal bertaraf antarabangsa di Dungun tertangguh kerana masalah...

Kelantan Akan Jadi Yang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi jaminan pasukan The Red...

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.6...

PUTRAJAYA - Penduduk Malaysia pada 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang, meningkat daripada...

Pemain WTA Gembira Dampingi...

KUALA LUMPUR - Empat pemain Persatuan Tenis Wanita (WTA) gembira kerana berpeluang mendampingi...

Abu Mayat Chin Peng: Polis Rakam Keterangan 10 Saksi

KUALA LUMPUR – Seramai 10 saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung sekumpulan yang membawa pulang abu mayat mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Perak pada 16 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah merakam keterangan pengadu, editor sebuah portal berita, wartawan, pembawa abu mayat dan individu yang terlibat dalam upacara yang dijalankan.

“Siasatan masih lagi dijalankan dan beberapa tindakan akan diambil termasuklah mendapatkan keterangan pakar sejarah, laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Imigresen Malaysia, Pendaftar Pertubuhan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi membantu siasatan,” katanya melalui kenyataan media, tadi.

Huzir berkata, sehingga kini, sebanyak 11 laporan polis telah dibuat berkenaan isu tersebut.

“Kertas siasatan dan cadangan tindakan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara berdasarkan hasil siasatan,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 504 dan 505 (C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 September lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan Banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Kategori