Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kewangan Bentang 2...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan membentangkan dua rang undang-undang (RUU) untuk bacaan kali pertama...

VIDEO: Reaksi Seekor Singa...

TONTON video ini jika anda ingin tau apa yang singa itu lakukan apabila...

Bakal Menantu Ditawar 10...

BANGKOK - Seorang bapa bergelar jutawan di sini menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta...

Gambar: Lelaki Bersiar-siar Dengan...

SEORANG lelaki sering dilihat bersiar-siar dengan haiwan kesayangannya di sekitar kawasan berlainan oleh penduduk...

Agong Berkenan Pertemuan Dengan Archbishop Of Canterbury

LONDON – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengadakan pertemuan dengan Archbishop of Canterbury, Justin Welby, di kediaman rasminya di Istana Lambeth, di sini, semalam.

Pertemuan selama setengah jam itu antara lain untuk bertukar-tukar pandangan berhubung masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia serta United Kingdom (UK).

Seri Paduka kemudian dibawa melawat ke dalam istana itu, termasuk Great Hall yang merupakan Perpustakaan Istana Lambeth, dan Guard Room, iaitu tempat tentera berkumpul serta menyimpan senjata mereka pada satu ketika dahulu ketika Archbishop memiliki tentera peribadi sendiri.

Archbishop of Canterbury ialah pemimpin utama Gereja England.

Perpustakaan Istana Lambeth menempatkan koleksi terbesar buku agama Kristian di luar Vatican.


Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sedang dalam rangka lawatan khas di UK hingga 16 Disember ini.

Seri Paduka berdua dijadual menghadiri majlis santapan tengah hari yang akan dihoskan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, hari ini.

Lawatan khas ke UK adalah lawatan keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas Seri Paduka ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi serta Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lalu selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.

Kategori