Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAS Dikritik Kerana Perlekeh...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa PAS sebuah parti yang tidak...

Bendera, Lagu UMNO Di...

PADANG TERAP - Isu bendera dikibarkan dan lagu UMNO berkumandang di Sekolah Kebangsaan...

Gunasekaren Minta Bicara Terhadap...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren mengaku...

Zul Ariffin Takut Ambil...

PETALING JAYA - Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia kini lebih mengutamakan tawaran berlakon...

Agong, Permaisuri Rakam Takziah Kemangkatan Tengku Abdul Aziz

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Abdul Aziz Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, yang kembali ke rahmatullah, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa simpati dan sedih di atas pemergian Almarhum dan berharap seluruh keluarga Almarhum tabah menghadapi suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Almarhum dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” katanya.

Sementara itu, menurut ‘House of Pahang’ dalam satu hantaran menerusi laman Instagram, Tengku Abdul Aziz kembali ke Rahmatullah pada 6 pagi di kediaman beliau di Jalan Madge, Kuala Lumpur.

Pengebumian dijadualkan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.

Kategori