Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

KKM Latih Lebih 10,000...

SUNGAI PETANI - Kursus Katering Sihat yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak...

Polis Rakam Lapan Keterangan...

Polis telah merakam keterangan lapan individu dalam siasatan kes kematian seorang remaja lelaki...

Kisah Cinta Fathia &...

TIADA angin tiada ribut...tiba-tiba industri hiburan dikejutkan dengan kisah putus cinta antara pasangan...

PRK Kemaman: Polis Buka...

CHUKAI: Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan...

Agong Titah Rakyat Lebih Bersatu Pada 2020

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta sempena Tahun Baru 2020.

Titah Seri Paduka lagi, tahun baharu harus disambut dengan membuang jauh segala prasangka dalam kalangan rakyat demi kepentingan perpaduan, keharmonian serta semangat cintakan negara.

“Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kejayaan, perpaduan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh kita dan Malaysia pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya.

“Seharusnya, kita perlu menoleh semula dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa-peristiwa dan cabaran-cabaran yang telah kita lalui pada tahun lalu untuk kita semua memperbaiki diri, keluarga dan komuniti serta negara kita,” titah Seri Paduka dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Titah Seri Paduka, perpaduan sepatutnya berlangsung dalam suasana yang mudah dan saling mempercayai, selain ikhlas, bertolak-ansur dan saling menghormati.

“Saya berpandangan bahawa ramuan ini sudah cukup untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum khususnya di negara kita yang tercinta ini.

“Justeru itu, saya turut ingin mengingatkan semua rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang dikecapi negara selama 62 tahun memandangkan kebelakangan ini banyak isu berkaitan perkauman, sensitiviti dan agama sering dibangkitkan.

“Seperti pemimpin-pemimpin terdahulu, saya amat berhasrat untuk melihat negara tercinta, Malaysia terus bersatu-padu, harmoni serta maju dan saya percaya hasrat ini dikongsi bersama oleh kita semua, rakyat Malaysia.

“Semua harus sedar, perpaduan kaum adalah amat penting untuk menjamin kemakmuran Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, adat resam dan kepercayaan,” titah Al-Sultan Abdullah.


Titah Seri Paduka lagi, generasi muda Malaysia berperanan besar untuk memastikan kesinambungan usaha-usaha murni para pemimpin terdahulu, dengan statistik Jabatan Perangkaan pada Disember 2018 menunjukkan bahawa 68 peratus daripada rakyat Malaysia adalah di bawah umur 40 tahun dengan 51 peratus adalah di bawah umur 30 tahun.

Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama berazam dalam pertahankan dan semarakkan nilai-nilai murni yang telah menjadi pemangkin keharmonian, ketenteraman dan kemakmuran yang dinikmati sejak sekian lama.

“Semoga tahun 2020, bumi Malaysia keramat ini serta para pemimpin dan rakyatnya terus dirahmati dan diberkati ALLAH SWT,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan selamat menyambut tahun 2020 kepada semua rakyat Malaysia.

Seri Paduka bertitah bahawa tahun 2019 sangat bermakna kepada baginda yang mana pada tahun itu baginda telah dipilih untuk memikul tanggungjawab besar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 16 yang juga merupakan Ketua Agama Islam negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

“Alhamdulillah, masa begitu pantas meninggalkan kita dan tahun 2019 telah berlalu dan tahun baharu 2020 perlu kita tempohi dengan azam baharu.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong amat bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan ini dan dengan besar hati ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia di dalam negara mahu pun berada di luar negara,” titah Seri Paduka.

Kategori