Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelajar IPT Dilarang Pulang...

KUALA LUMPUR - Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) tetap dilarang pulang ke rumah...

PRU Rezeki Berganda Pengusaha...

KOTA BHARU - Pilihan raya umum ke-14 memberi peluang kepada pengusaha perkhidmatan sistem...

Thai AirAsia X Peroleh...

BANGKOK - Thai AirAsia X yang juga syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh...

Polis Tumpas Ah Long...

KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan sindiket pemberian pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long)...

Agong Ucap Tahniah Kepada Pemenang Pingat Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang pingat pada Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka amat gembira dengan pencapaian para atlet dan bangga melihat Jalur Gemilang dikibarkan sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan mereka.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong juga berharap kejayaan itu akan menjadi pemangkin untuk lainnya berusaha lebih keras dan kekal komited untuk mencapai kecemerlangan.

ā€œSeri Paduka mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan bangga dengan pencapaian mereka. Bagaimanapun, Seri Paduka juga faham bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi sukan Malaysia.

ā€œPara atlet, jurulatih, pengurus dan persatuan perlu kekal cekal dan berusaha gigih untuk cemerlang dalam sukan masing-masing.


ā€œSeri Paduka menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus berusaha mencapai impian mereka dan kekal bersemangat untuk mencatatkan kejayaan, demi diri sendiri dan juga untuk negara,ā€ katanya dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara.

Untuk rekod, Malaysia menamatkan kempen Sukan SEA dengan meraih 56 pingat emas, 58 perak dan 71 gangsa.

Kategori