Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Himpunan 355 Penting Untuk...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam...

Arab Saudi Hukum Mati...

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman mati terhadap 81 pesalah dalam tempoh 24...

Jangan Takut! Vaksin AstraZeneca...

SEREMBAN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengulangi kenyataan bahawa vaksin AstraZeneca adalah selamat...

Mahasiswa Kemaruk Rakam Wanita...

KUANTAN - Polis menahan seorang mahasiswa Jumaat lepas yang kemaruk merakam aksi wanita...

Ahli Hadir Himpunan Selain Kongres Akan Dipecat – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mana-mana ahli parti itu yang menghadiri perhimpunan selain Kongres Nasional, bakal berdepan tindakan tegas termasuk pemecatan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan sabotaj terhadap kongres parti adalah kesalahan yang besar kerana tujuan kongres diadakan bertujuan memperkukuhkan PKR demi agenda rakyat.

“Kalau ada cubaan merosakkan semangat perpaduan oleh mana-mana pimpinan, tindakan tegas akan diambil termasuk pemecatan kerana sabotaj kongres ini adalah kesalahan yang besar.

“Setakat ini ada percubaan kecil (sabotaj kongres). Sejak tiga hari lalu, 83 peratus perwakilan sudah berjanji akan hadir di (kongres) di Melaka hujung minggu ini. Jika ada yang cuba buat kongres lain, (mereka) akan dipecat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kumpulan dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merancang mengadakan satu himpunan di sebuah hotel di ibu negara pada Sabtu dan Ahad ini, tarikh sama Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di Melaka.

Himpunan itu dipercayai diadakan selepas kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan keputusan parti yang menghalang Azmin merasmikan kongres sayap pemuda PKR.

Bagaimanapun, kemelut yang melanda parti itu terlerai apabila Azmin menghadiri mesyuarat khas Biro Politik PKR di Parlimen semalam sekali gus mengadakan pertemuan dengan Anwar.


Hasil mesyuarat itu, Azmin akan merasmikan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita PKR manakala Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan penutup kedua-dua sayap parti itu.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Azmin, Anwar menjelaskan ia berlangsung dalam suasana yang baik dan positif.

“Azmin ada kemukakan pandangan dan kita merasakan perlu kongres ini memberi ruang kepada perwakilan mendengar semua (ucapan) pimpinan.

“Tumpuan kita adalah untuk perkukuhkan PKR dan mengikat parti dengan agenda rakyat. Sekarang ni banyak keluhan rakyat yang perlu kita dengar. Ini perkara yang dipersetujui bersama,” katanya. – BH Online

Kategori