Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Pekerja wajib Tingkat Mutu...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap pekerja...

Kerajaan Dicadang Lanjut Tempoh...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam mencadangkan kerajaan agar mengkaji semula tempoh cuti bersalin...

Silat Mampu Bentuk Akhlak...

TANGKAK - Ilmu persilatan bukan hanya dipelajari untuk mempertahankan diri malah ia mampu...

Pembangkang Parti Bermusim Menjelang...

PADANG BESAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyifatkan pembangkang sebagai...

Ain Edruce Sudah Bergelar Isteri Orang

“SAYA akan tetap aktif dalam kerjaya seni walaupun sudah bergelar isteri orang. Suami pun faham dan menyokong minat saya,” kata pelakon dan pengacara, Ain Edruce.

Ain, 27, selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam tadi.

Pada majlis pernikahan itu, Ain menerima mas kahwin RM888 manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ain dinikahkan bapanya, Ar Edruce Sabri dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

“Kini, bermulalah fasa kehidupan saya sebagai isteri. Saya akan berusaha membina kasih sayang kami dalam rumah tangga ini sebaiknya.

“Saya sangat bersyukur majlis ini dapat diadakan dengan sempurna akhirnya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu. Kalau ikutkan saya, jadual kerja terlalu sibuk dan ia dianggap rezeki buat pengantin baru. Saya juga syukur suami tak menghalang,” katanya yang mengenali suami menerusi Instagram.


Ain berkata, dia seorang yang suka bekerja, lasak dan berdikari. Sikap memahami suami, Amirul Hafiz berjaya menambat hatinya.

Menurut Ain, selepas berkahwin dia tahu sudah tentu kini keutamannya pada suami.

Katanya, dia akan pastikan menjaga batas pergaulan.

Aik mengenali suaminya sejak setahun lalu dan mereka membuat keputusan bertunang pada 22 Jun lalu. – myMetro Online

Kategori