Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rosmah Ditahan SPRM Dan...

PUTRAJAYA — Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ditahan ketika memberi...

Jangan Marah Imigresen Tahan...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dan pihak media diminta tidak menyalahkan Jabatan Imigresen...

Mangsa Banjir Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di beberapa negeri mencecah...

Larangan Merokok Premis Makanan...

PENDUDUK Sabah diyakini sudah bersedia dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang...

Air New Zealand Perkenal Cawan Kopi Boleh Dimakan

WELLINGTON – Syarikat penerbangan Air New Zealand memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan bagi mengurangkan sisa sampah dalam pesawatnya.

Dihasilkan syarikat tempatan Twiice, ia dibuat menggunakan biscotti berperisa vanila dan bersifat kalis bocor.

Menurut syarikat penerbangan kebangsaan yang menghidangkan lebih lapan juta cawan kopi setahun itu, pihaknya mahu mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Air New Zealand berkata, cawan kopi itu diuji sebagai sebahagian usahanya mencari langkah inovatif untuk menangani cabaran kemampanan.

“Cawan itu popular dalam kalangan pelanggan yang pernah menggunakannya,” kata Niki Chave dari Air New Zealand.

Namun beberapa pengguna media sosial berkata syarikat penerbangan harus membuat perubahan lebih besar sekiranya ingin membantu alam sekitar. – Agensi

Kategori