Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

India Lancar Vaksin Titisan...

NEW DELHI: India melancarkan vaksin COVID-19 secara titisan hidung dalam usaha meningkatkan kadar...

Peguam Direman Tujuh Hari...

JOHOR BAHARU - Peguam Kamal Hisham Jaafar yang ditahan semula Khamis, direman selama...

Seludup Dadah Dalam Kulit...

Beijing - Pengedar dadah menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menyeludup bahan terlarang...

Presiden, PM Sri Lanka...

COLOMBO – Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa mengumumkan akan meletak jawatan selepas penunjuk...

Amaran Cuaca Buruk Di Pahang, Johor

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan notis Amaran Cuaca Buruk di beberapa daerah di Pahang dan Johor sehingga esok.

Daerah terbabit adalah Rompin, Pahang dan Mersing serta Kota Tinggi, Johor yang dijangka mencapai tahap hujan lebat berterusan.

Selain itu, notis Amaran Cuaca Waspada untuk tempoh sama turut dikeluarkan bagi Kuantan dan Pekan, Pahang serta Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Johor.

Peringkat Waspada membabitkan hujan lebat berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari lagi atau hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.

MetMalaysia memaklumkan, angin kencang yang bertiup 40 hingga 50 kilometer/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dalam tempoh berkenaan.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya.

Kategori