Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Cedera Tergelincir Dalam...

SEREMBAN - Seorang lelaki berhadapan detik cemas selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam...

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan...

Tak Maafkan Penulis Dakwa...

PELAKON Wawa Zainal menerusi satu posting di laman Instagram (IG) mengatakan dia tidak...

PRK Pengkalan Kubor: Proses...

TUMPAT - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Anthony Loke Terkejut Pengerusi MAVCOM Kecewa

SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook terkejut dengan kenyataan Pengerusi Eksklusif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Dr. Nungsari Ahmad Radhi yang kecewa terhadap keputusan pembubaran agensi itu tanpa berunding dengan pihaknya.

Menurutnya, pembubaran MAVCOM dan fungsi-fungsinya diserap kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah keputusan Kabinet semalam.

“Setiap perbincangan Kabinet adalah rahsia. Takkan saya hendak beritahu beliau sebelum Kabinet membuat keputusan,” katanya.

Anthony Loke berkata, setelah mendapatkan kelulusan dari Kabinet, Ketua Setiausaha Kementerian diarahkan untuk memaklumkan perkara itu kepada MAVCOM dan membentuk petugas khas bagi mengkaji pelbagai isu termasuk kebajikan, perjawatan dan sebagainya.

“Saya terkejut kenapa Nungsari kecewa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hab kargo udara GTR di sini hari ini.

Beliau berkata, MAVCOM boleh meneruskan operasinya seperti biasa sehingga pindaan akta berkaitan dibentang dan diluluskan di Parlimen.


Perpindahan fungsi-fungsi utama MAVCOM kepada CAAM memakan masa paling kurang enam bulan.

“Perbincangan dan perundingan mengenai hal-hal berkaitan termasuk pemansuhan serta pindaan akta diluluskan Parlimen,” katanya.

Terdahulu Nungsari dilapor kecewa dengan keputusan itu kerana ia dibuat tanpa berunding dengan pihaknya. – Sinar Harian

Kategori