Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Media Berjaya Rakam Wajah...

SEPANG - Sejak ditahan Sabtu lepas, wajah suspek warga Korea Utara berkaitan kes...

‘Saya Tak Faham Mengapa...

“Saya rasa mungkin ada gerakan daripada pelbagai pihak, tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya.“Saya pun tidak faham mengapa nama saya dikaitkan kerana saya tiada sebarang masalah dengan Ketua Menteri sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Kapal Kontena Terbesar Dunia...

KUALA LUMPUR - Westports Malaysia sekali lagi melakar kejayaan apabila kapal kontena terbesar...

Pemfitnah Mujahid Akan Dilapor...

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof akan memfailkan laporan...

Anwar Gesa Perbalahan Dalaman PKR Dihentikan

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan dan anggota menggunakan lembaga disiplin parti sebagai saluran utama bagi mengemukakan pandangan dan bantahan.

Beliau berkata, semua kenyataan perbalahan dalaman parti harus dihentikan segera.

“Saya ingin menggesa semua pimpinan dan anggota parti mengemukakan pandangan dan bantahan dengan menggunakan saluran parti khususnya kepada lembaga disiplin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, parti harus mengutamakan asas dan khittah perjuangan untuk memerangi rasuah serta membela nasib rakyat terutama yang miskin dan terpinggir dari arus pembangunan.

“Rakyat yang pernah meletakkan kepercayaan kepada kita ternyata bosan dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada percaturan politik dalaman.

“Kita berkewajipan untuk meningkatkan usaha dan kerja untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.


Konflik dalaman PKR memasuki fasa baharu apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin mendakwa Anwar gagal memenuhi janji bagi memastikan perjalanan perbahasan pada Kongres Nasional PKR berlangsung tanpa sebarang unsur provokasi dan sindiran.

Kemuncak kepada rasa tidak puas hati kerana sorotan kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar, Mohamed Azmin bersama pimpinan parti itu bertindak keluar dewan dan tidak hadir pada hari terakhir kongres.

Pada malamnya satu majlis makan malam diadakan di ibu negara yang dijadikan pentas mengkritik Anwar secara terbuka. – Sinar Harian

Kategori