Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

2 Rumah Perjudian Haram...

MIRI - Polis telah menyerbu dua rumah perjudian haram di bandar Miri serta...

6 Ditahan, Geng Curi...

BALIK PULAU - Geng 'AV' yang aktif mencuri lori dan bas di sekitar...

Zara Zya Akui Jalin...

PELAKON drama Love You Mr. Arrogant, Zara Zya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan...

Eskalator Terpanjang Di Dunia...

SEBUAH eskalator atau tangga automatik terpanjang di dunia dibina di Hubei, China demi...

Anwar Perlu Diberi Masa Selesaikan Masalah Peribadi

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin membayangkan perdamaian di antara Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin tidak akan berlaku dalam waktu terdekat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mendakwa, Anwar kini sedang berdepan masalah peribadi dan perlu diberi masa untuk menyelesaikan masalah itu terlebih dulu sebelum dapat menangani masalah dalaman parti.

“Kita tengok dulu bagaimana (perdamaian) kerana sekarang ini banyak isu lain berbangkit yang mungkin Presiden perlu masa untuk duduk dan selesai masalah dalaman.

“Ini kerana ada masalah peribadi perlu diatasi, dalam kes (Muhammad) Yusuff (Rawther), maka kita perlu beri ruang kepada Presiden. Terpulang kepada dia (Anwar) bila untuk selesaikan (krisis ini).

“Beri masa untuk Presiden uruskan kerana saya tidak mahu peningkan kepala dia (Anwar),” katanya pada sidang media selepas melawat Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin di Kepong di sini, hari ini.

Zuraida berkata demikian ketika mengulas kemungkinan berlaku perdamaian di antara Anwar dan kumpulan Mohamed Azmin selepas Kongres Nasional PKR 2019 berakhir, Ahad lalu.

Mohamed Azmin dan beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Zuraida tidak hadir pada hari terakhir kongres, tetapi menghadiri majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama di ibu negara.

Majlis makan malam itu dilihat menjadi pentas menyerang dan mengganyang Anwar.


Mohamed Azmin ketika berucap pada majlis itu antara lain berkata, dia tidak rela digelar pengkhianat oleh sebilangan pemimpin dan ahli parti itu yang dipercayai menyebelahi Anwar.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu turut mengkritik Anwar secara terbuka yang disifatkannya gagal mengawal ahli parti sendiri.

Nama Muhammad Yusuff pula muncul dalam krisis PKR selepas bekas sukarelawan penyelidik Anwar itu membuat pengakuan bersumpah berdepan gangguan seksual daripada Ahli Parlimen Port Dickson itu, tahun lalu.

Sementara itu, Zuraida menafikan majlis makan malam itu menjadi pentas mengkritik Anwar.

“Itu tidak betul. Sebenarnya apa yang anda fikir?” soalnya.

Beliau berkata, Mohamed Azmin dan kumpulannya tidak perlu membuat permohonan untuk bertemu Anwar bagi berunding soal perdamaian. – BH Online

Kategori