Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pelbagai Perkara Diperhalusi Sebelum...

KUALA LUMPUR - Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan...

Rossa Cerita Susah Cakap...

SINGAPURA - Nampaknya semacam jadi trend dalam kalangan artis popular wanita Indonesia menghasilkan...

MB Selangor Yang Baharu...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari yang...

Saling Balas Komen ‘Sweet’,...

PELAKON Janna Nick memberitahu bahawa tindakannya berbalas komen berbaur romantis dengan penyanyi, Sufian...

“Apa Sibuk-Sibuk Nak Siasat?” – Syed Hussin

SHAH ALAM – Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali mempersoalkan kritikan masyarakat terhadap kehadirannya pada perhimpunan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang baru-baru ini.

Syed Hussin berkata, perhimpunan itu dianjurkan setiap tahun untuk Memperingati Ulang Tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai.

“Perhimpunan itu untuk memperingati perjanjian perdamaian. Apa salahnya pergi untuk tengok?

“Apa sibuk-sibuk nak siasat dan sebagainya kalau benda tu hanya untuk perdamaian? Tak nak perdamaian?” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Syed Hussin berkata, kehadirannya adalah berdasarkan jemputan dan beliau tidak berucap pada perhimpunan tersebut.


“Ia memperingati perjanjian perdamaian dan saya rasa itu perjanjian yang baik kerana membawa perdamaian,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Berikutan itu, semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan tersebut. – Sinar Harian

Kategori