Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Korban Taufan Matthew Di...

PORT-AU-PRINCE - Taufan Matthew hingga kini sudah meragut 261 nyawa di Haiti termasuk...

Bogel Di Surau Plaza...

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini...

Pengawal Keselamatan Cedera Terkena...

BATU GAJAH - Seorang pengawal keselamatan cedera selepas terkena tembakan rakannya secara tidak...

Tiada PRK DUN Kempas...

JOHOR BAHRU : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, memaklumkan tiada...

Berdiri ‘Cop’ Parkir, Lihat Tindakan Pemandu Ini…

SHAH ALAM – Isu berebut dan ‘cop’ tempat letak kereta awam bukanlah sesuatu yang baharu.

Ada individu sanggup berdiri dalam kawasan parkir seperti mana paparan video berdurasi 41 saat ini yang kembali tular di laman sosial.

Klip video menerusi rakaman ‘dashcam’ memaparkan individu sedang berdiri di parkir bagi menghalang kenderaan lain memasuki tempat tersebut.

Aksi itu berjaya dirakam menerusi ‘dashcam’ milik sebuah kereta yang turut berlegar-legar mencari parkir di sebuah pusat membeli belah.

Bagaimanapun video berdurasi 41 saat itu mengejutkan netizen apabila, pemilik ‘dashcam’ itu terus memecut laju masuk ke parkir tersebut mengakibatkan individu yang ‘cop’ parkir melarikan diri.

Tindakan itu membuatkan pemandu itu berjaya mendapatkan parkir keretanya meskipun telah di ‘cop’ oleh individu berkenaan.

Penularan video berkenaan membuatkan netizen menyokong tindakan pemandu tersebut kerana masalah ‘cop’ parkir sepatutnya tidak berlaku memandangkan kawasan letak kereta di sebuah pusat membeli belah luas.


Rafar Ahmad, berkata, masalah ‘cop’ parkir sepatutnya tidak berlaku memandangkan kawasan letak kereta mencukupi.

“Siapa datang dulu, dapat dulu. Tapi kalau ada yang ‘cop” parkir, ini tak adillah,” katanya.

Bukan itu sahaja, kata Faridah Alias, “Perbuatan ‘cop’ parkir itu adalah salah di sisi undang-undang.”

Dalam pada itu, video dimuat naik di Facebook Chia Donny kembali tular setelah dimuat naik tiga tahun lalu.

Sehingga kini, video itu meraih 790,000 tontonan dan 5,500 komen dari netizen. – Sinar Harian

Kategori