Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

116 Kematian Dicatat 5...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,274 kes kemalangan dan 116 kematian dicatatkan dalam tempoh...

Adik Siti Nurhaliza, Saerah...

ADIK kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Saerah...

MA63: Tak Banyak Beza...

TIDAK banyak perbezaan pendapat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak...

Kasarnya.. Penyokong Ismail Sabri...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan seramai 92...

Black Eyed Peas Meriahkan Majlis Penutup Sukan SEA

CLARK – Persembahan kumpulan hip hop terkenal dari Amerika Syarikat, The Black Eyed Peas menjadi kemuncak kepada upacara penutup Sukan SEA 2019 yang melabuhkan tirainya di sini, malam ini.

Berlangsung di Stadium Olahraga New Clark City, majlis penuh gilang gemilang itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Filipina yang dinyanyikan oleh penyanyi popular tempatan, Arnel Pineda.

Majlis penuh keunikan itu kemudiannya diteruskan dengan persembahan menggunakan drone selama 45 minit sebelum perarakan masuk ke stadium 11 kontinjen yang bertanding pada temasya kali ini.

Bagi menghargai usaha dan sumbangan di temasya sukan dwi tahunan itu, semua sukarelawan diraikan pada majlis penutup bersama-sama kontinjen.

Kumpulan rock klasik, Ko Jones dan Journey kemudian menghiburkan penonton dengan persembahan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC), Alan Peter Cayetano menyampaikan empat anugerah utama iaitu atlet terbaik lelaki dan wanita, anugerah fair play dan juara keseluruhan iaitu Filipina.

Setiausaha Eksekutif PHISGOC, Salvador Medialdea kemudian mengumumkan temasya Sukan SEA Filipina ditutup secara rasmi dengan obor kejohanan dipadamkan.


Bendera kejohanan diturunkan sebelum lagu kebangsaan Vietnam dimainkan menandakan sebagai negara seterusnya yang akan menjadi tuan rumah untuk dua tahun akan datang.

Saat yang dinanti-nantikan penonton akhirnya tiba apabila Black Eyed Peas mengambil alih pentas dengan menyanyikan beberapa lagu popular mereka sebelum penamatnya percikan bunga api menjadi kemuncak kepada majlis penutup.

Untuk edisi kali ini, Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 pingat emas, 117 perak dan 119 gangsa. Kali terakhir Filipina muncul juara ketika menjadi tuan rumah pada 2005.

Kontinjen negara pula gagal melepasi sasaran 70 emas yang ditetapkan apabila meraih 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa. – BH Online

Kategori