Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usaha Cari Baki Mayat...

JAKARTA - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan 92 lagi baki mayat...

Kang Gary Umum Kahwini...

BEKAS anggota program candawara realiti popular Running Man, Kang Gary mengejutkan ramai peminatnya apabila...

Indonesia Benarkan Semula Eksport...

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan peraturan baharu yang membenarkan semula eksport mendapan marin dalam bentuk...

Loji Nuklear Terbesar Eropah...

ENERGODAR : Satu kebakaran dilaporkan berlaku di loji nuklear terbesar Eropah di bandar...

Boris Johnson Menang Besar, Brexit Hampir Pasti

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengetuai partinya memenangi pilihan raya menjadikan perpisahan Britain dengan Kesatuan Eropah (EU) bakal menjadi kenyataan.

Sesuai dengan tradisi Inggeris, Johnson menghargai pencabarnya yang turut sama bertanding dan dikalahkan hingga memberi laluan mudah mengekalkan kerusi yang disandangnya di barat London.

“Saya berterima kasih kepada calon lain , Lord Buckethead, Elmo, maafkan saya jika tidak perasan kesemuanya,” katanya.

Ketika Johnson, 55, berucap sempena kemenangannya, turut sama beberapa rakan dan musuh tradisi dalam politik antaranya, Count Binface, calon yang memakai kostum watak Elmo dalam siri animasi kanak-kanak Sesame Street, Bobby Elmo Smith dan Lord Buckethead.

“Pada peringkat ini, kelihatan seluruh negara memberi mandat baharu yang kuat kepada kerajaan konservatif ini untuk menjayakan Brexit dan bukan hanya untuk menyelesaikan Brexit tetapi untuk menyatukan negara ini dan bergerak maju ke depan,” kata pemimpin itu.


Calon yang bertanding kerusi parlimen perlu membayar wang deposit 500 paun (RM2778.06) dan untuk mendapatkan kembali perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lima peratus undi.

Agak malang untuk calon pembangkang, Elmo, Binface dan Buckethead kerana hilang wang deposit. Elmo hanya mendapat lapan undi berbanding Johnson 25,351 undi. – Reuters

Kategori