Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Beri Laporan Lengkap Lori...

KEMAMAN - Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) meminta kerjasama daripada orang ramai untuk membuat...

Rohana Jalil Tegur Wak...

Mak mana tak sayang anak, kan? Walaupun sudah besar panjang, namun gusar seorang...

“Gelaran Datuk, Doktor Falsafah...

DALAM banyak-banyak selebriti yang menerima gelaran Datuk, pelakon Boy Iman antara yang teruk...

Restoran Makanan Segera Dirempuh...

KUALA LUMPUR - Akibat tersalah masuk gear, seorang pemandu lelaki merempuh sebuah restoran...

Dewan Rakyat Pertimbang Masa Tambahan Isytihar Harta

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat akan mempertimbang untuk membenarkan masa tambahan bagi mengisytiharkan harta kepada tiga Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Speakernya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff berkata, tiga Ahli Parlimen itu sudah mengemukakan permohonan untuk penambahan masa, manakala Ahli Parlimen lain tidak membuat sebarang permohonan.

“Jika mereka merasakan mereka memerlukan lebih masa lagi untuk sebab-sebab tertentu, kita bukanlah jahat. Tetapi bagi yang tidak mahu mengisytiharkan harta mereka, itu cerita lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen dan Media: ‘Reformasi dan Hala Tuju Parlimen Malaysia’, di sini, malam tadi.

Pada 5 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata kesemua 139 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PH) sudah menyerahkan pengisytiharan aset mereka kepada Dewan Rakyat.

Katanya, mereka ialah antara 160 Ahli Parlimen yang sudah menghantar pengisytiharan aset itu, selain tiga daripada Barisan Nasional (BN), 15 daripada GPS, manakala tiga lagi daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sejumlah 62 Ahli Parlimen pula masih belum menghantar borang pengisytiharan, iaitu 38 daripada BN, PAS (18), GPS (tiga), STAR (satu) dan dua Bebas.


Sementara itu, Mohamad Ariff berkata, Parlimen berjaya melakukan pelbagai reformasi sepanjang tahun ini menerusi pelbagai program yang dilaksanakan.

“Kita berharap lebih banyak lagi yang dapat dilakukan pada tahun depan. Diharap wakil media dapat melaporkan apa yang sudah kami lakukan dengan cara yang paling berkesan, kerana rakyat perlu tahu apa yang berlaku di Parlimen.

“Tahun ini juga menyaksikan satu perkembangan baharu di Parlimen seperti perbahasan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Ia tidak pernah dibentangkan sejak 19 tahun lalu,” katanya yang menekankan Parlimen kini bergerak ke arah lebih baik.

Kategori