Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Istanbul Tumpuan Pelancong Botak...

ISTANBUL - Dalam senarai kegiatan ke Istanbul, pelancong Palestin yang dikenali sebagai Jameel...

Jakel Mohon Maaf Kepada...

"DENGAN rendah hati, saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon...

Ambil Iktibar Konflik Dalaman...

TUMPAT - Konflik dalaman yang melanda PAS wajar diambil iktibar oleh para pengundi...

Malay Mail Henti Terbit...

TUTUP... Setelah lebih satu abad diterbitkan, Malay Mail akhirnya bakal ditutup mulai 1...

Dong Zong Tetapkan Teruskan Persidangan Isu Tulisan Jawi

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mengulangi pendirian mahu meneruskan persidangan isu tulisan jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di Kajang.

Ahli jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong berkata, persidangan itu menggantikan perkataan kongres dan setakat ini lebih 100 pertubuhan Cina di seluruh negara menyatakan persetujuan mereka untuk hadir.

Katanya, pihaknya menegaskan ini bukan isu perkauman, sebaliknya ia isu pendidikan di sekolah.

“Ini bukan isu isi kandungan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun Lima sedia ada yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk seni tulisan jawi tetapi ini tuntutan pertubuhan Cina di negara ini terhadap penyelarasan pembelajaran di sekolah vernakular.

“Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) juga setuju agar isu pengenalan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular diselesaikan melalui dialog tetapi persidangan ini tetap akan diteruskan pada tarikh yang sudah dipersetujui bersama.

“Kami juga bersetuju menukar nama kongres kepada persidangan kerana ia perbincangan secara terbuka dan menyeluruh,” katanya ketika dihubungi BH.

Kerajaan sebelum ini mengingatkan bahawa penganjuran satu kongres oleh Dong Zong bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan kebimbangan tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.

Dalam kenyataan bersama Dong Zong dan Jiao Zong baru-baru ini pula, mereka bersedia mengadakan perbincangan dengan semua pihak, termasuk Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik bagi menyelesaikan isu itu sebelum atau selepas 28 Disember ini.


Bagaimanapun, kedua-dua persatuan itu sebelum ini tidak menyatakan sama ada kongres tertutup bagi membincangkan isu pembelajaran jawi yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini akan diteruskan atau tidak.

Dalam pada itu, Chee Chong berkata, Dong Zong menggesa Kementerian Pendidikan memberi hak kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) untuk membuat keputusan melaksanakan pengenalan tulisan jawi di SJK.

“Mengikut Akta Pendidikan 1989, LPS adalah komponen penting dalam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang turut diwakili Kumpulan Penyokong Sekolah, Kumpulan Pemegang Amanah Harta Sekolah, PIBG, bekas murid sekolah dan wakil Menteri Pendidikan.

“Kedudukan dan kuasa LPS bagi pengurusan sekolah termaktub dalam Akta Pendidikan,” katanya.

Kongres itu dijadual berlangsung di Kolej New Era, Kajang pada Sabtu ini dengan matlamat kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.

Ogos lalu, sembilan pertubuhan berkaitan pendidikan Cina membantah pelaksanaan tulisan jawi untuk pelajar Tahun Empat SRJK di negara ini. – BH Online

Kategori