Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Ditemui Mati Dalam...

IPOH - Seorang lelaki ditemui mati di ruang belakang tempat duduk pemandu sebuah...

Tengku Abdullah Titah Pihak...

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan kebimbangan dengan...

Masalah Teknikal Lewatkan Proses...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mengumumkan menghadapi masalah teknikal dalam urusan pemprosesan pasport dan...

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terjejas...

Ejen Ali The Movie Ditayangkan Di Indonesia 1 Januari

KUALA LUMPUR – Filem animasi ketiga Malaysia tahun ini, Ejen Ali The Movie bakal menggegarkan pawagam Indonesia bermula 1 Januari ini.

Berikutan kejayaan pecah panggung di Malaysia, Singapura dan Brunei, Ejen Ali The Movie mampu menarik minat peminat animasi di Indonesia sehingga ia berjaya menembusi pawagam di sini.

Tayangan perdana filem Ejen Ali The Movie yang telah diadakan di CGV, pusat membeli belah Grand Indonesia hari ini.

Ejen Ali The Movie diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation diadaptasi dari siri animasi TV popular Malaysia ‘Ejen Ali ’ yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah dalam industri animasi tempatan.

Meraih lebih dari 2 juta tontonan setiap minggu di saluran televisyen Malaysia TV3 dan mencecah lebih dari 1.67 juta langganan di laman YouTube, Ejen Ali kini menjadi salah satu jenama animasi yang telah berjaya melebarkan sayapnya ke negara Asia.

Mula ditayangkan di skrin televisyen Malaysia pada tahun 2016, siri animasi Ejen Ali telah disiarkan di lebih dari 50 buah negara, termasuklah di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara serta di saluran televisyen tempatan Indonesia, MNCTV.

FIlem Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System).


Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia.

Katanya, filem ini adalah naskah karya yang mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi dan sudah tentunya kami ingin kongsikan perasaan bangga itu kepada peminat serta pencinta filem di Indonesia.

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation pula menambah, sokongan padu dari peminat-peminat Ejen Ali di Indonesia amat dihargai.

Kategori