Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Terima Proklamasi...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13, yang...

Kekerapan Tren LRT Akan...

KUALA LUMPUR ā€“ Kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya akan ditambah...

Kedudukan Teks ā€˜Truly Asiaā€™...

KUALA LUMPUR - Logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dilancarkan semalam mendapat...

India Cipta Rekod Dunia...

UNIK... Ratusan peserta sebuah kongres perubatan di India catat rekod dunia Guinness baharu...

Ejen Ali The Movie Raih Kutipan RM20 Juta

FILEM animasi Ejen Ali The Movie menjadi penanda aras kejayaan Primeworks Studio apabila meraih kutipan RM20 juta sepanjang dua minggu tontonan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, karya itu muncul sebagai filem paling berjaya sepanjang 25 tahun pembabitan mereka dalam industri perfileman negara.

“Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyokong karya kami. Ia menjadi kebanggaan 2019 biarpun filem ini menerima saingan daripada filem animasi lain di negara ini,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Ahmad Idham berkata, kutipan itu membabitkan 1.7 juta tontonan sekali gus menepati sasaran. Berhubung penerimaan penonton terhadap filem itu, Ahmad Izham berkata, rakyat di negara ini berfikiran terbuka.

“Melalui sokongan yang diberi, saya beranggapan penonton tidak lagi memilih mana-mana filem sebaliknya selesa dengan kehadiran karya animasi,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kutipan akan bertambah sehingga RM25 juta dan mengharapkan sokongan berterusan.

Terdahulu, filem terbitan bersama Wau Animation itu mula menemui penonton pada 28 November lalu dan mencatat kutipan pecah panggung.


Filem itu mendominasi carta filem dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

Ejen Ali The Movie berkisar mengenai Ali, 12, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS-Infinity Retinal Intelligence System).

Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. – myMetro Online

Kategori