Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Terima Sumbangan 793...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima sumbangan...

Bapa Dakwa Syafiq Tak...

GEORGETOWN - Keluarga pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, terkilan dengan laporan...

Mengaku Rogol Adik Ipar...

SEORANG penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, pada Isnin, mengaku bersalah atas...

Banjir: 27,260 Anggota Bomba...

KUALA LUMPUR - Seramai 27,260 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan...

Ekonomi Malaysia Suram, Anwar Nasihati Kerajaan

KUALA LUMPUR – Bank Dunia melalui laporannya, ‘21st Malaysia Economic Monitor – Making Ends Meet’ mendapati Malaysia kini sedang dirundung senario muram ekonomi global.

Justeru, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan kerajaan agar lebih tuntas dan tegas dalam memenuhi janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam membela mereka yang miskin dan terpinggir.

Menurutnya, semua isu disentuh dalam laporan berkenaan mampu ditangani dengan dasar ekonomi diperkenalkan PH namun ia memerlukan fokus dan iltizam yang jitu dalam melaksanakannya.

“Fokus dan iltizam yang jitu perlu untuk menanganinya kerana ia ternyata memberi kesan kepada ramai warga terutamanya golongan B40.

“Saya yakin keadaan lebih suram di kawasan desa seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu, serta di pedalaman Sabah dan Sarawak,” tulis beliau dalam laman Facebooknya hari ini.

Anwar menambah, dapatan dalam laporan tersebut sewajarnya meningkatkan kesedaran kepada kerajaan memerintah terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan rakyat.

“Saya juga ingin menggesa kerajaan memantau projek-projek pembangunan oleh kerajaan sebaiknya bagi memastikan tidak ada kebocoran dana kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya.


“(Memetik laporan) Nisbah tiga dalam sepuluh warga berasa kurang yakin dalam keupayaan mereka mendapatkan bekalan makanan.

“Laporan tersebut juga menyatakan harga rumah ternyata ‘parah’ dan ‘membimbangkan’ di banyak wilayah di Malaysia.

“Tambahan pula kadar hutang yang tinggi serta kekurangan simpanan menambahkan lagi rasa gawat pada ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menekankan cadangan laporan tersebut menyatakan perlunya ada komunikasi berkesan berhubung kejayaan dicipta kerajaan PH.

“Ia adalah aspek yang penting dalam membina keyakinan serta memastikan kejayaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori