Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rayuan Ditolak, Peter Kekal...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara...

Lelaki Tertua Di Dunia...

MUNGKIN disebabkan usia yang semakin lanjut membuatkan seorang lelaki yang dipercayai  lelaki tertua...

Gambar: Hari Pertama Putera...

ISTANA Kensington semalam memuat naik status mengenai putera kesayangan ramai, Putera George yang...

Kiev Tidak Jamin Laluan...

NEW YORK - Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat...

Elaun BIPK: Mahu Dengar Cakap Guan Eng Atau Syed Saddiq?

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan kesasihan pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai penangguhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).

Bekas Perdana menteri itu berkata, ini kerana ia jelas bertentangan dengan kenyataan Kementerian Kewangan semalam yang mengatakan bahawa semua elain perkhidmatan awam bersifat sementara dan boleh ditarik balik, termasuk elaun kritikal yang kini menjadi pertikaian.

“Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) cakap BIPK boleh ditarik balik oleh kerajaan. Syed Saddiq pula kata pemansuhan BIPK sudah ditangguhkan.

“Kita mahu dengar cakap siapa?” katanya menerusi laman Facebook.

Kementerian Kewangan menerusi laman web rasminya berkata, prinsip pemberian elaun yang ditetapkan semenjak pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) pada 1992 dan diteruskan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) tidak sejagat, tidak kekal, tidak biasa dan Prinsip tidak kekal menentukan bahawa elaun diberi secara sementara, boleh ditarik balik, diberhentikan bayarannya atau dimansuhkan sekiranya sesuatu elaun itu tidak lagi relevan atau tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut.


Katanya lagi, elaun boleh diberi mengikut suatu tempoh tertentu. Sehubungan itu, kesemua elaun dalam perkhidmatan awam tidak bersifat kekal dan boleh ditarik balik, termasuk BIPK.

Syed Saddiq hari ini berkata, kerajaan Pakatan Harapan bersetuju menangguhkan keputusan untuk menamatkan pemberian BIPK kepada penjawat awam profesional yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan menerusi video yang dimuat naiknya di Twitter, selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini. – MalaysiaGazette

Kategori