Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Dituduh Culik Anak...

GARA-gara punyai jambang, seorang lelaki telah ditahan kerana dituduh 'menculik' anaknya sendiri di...

Wanita Menangis Atas Jambatan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis...

Bomba Selangor Periksa Pusat...

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor akan mengadakan...

Penggeluar Amplifier Gitar Lancar...

AMPLIFIER jenama Marshall sering digunakan oleh lagenda gitar seperti Jimmy Page, Slash dan...

Emir Qatar Tiba Untuk Sidang Kemuncak KL

SEPANG – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam ini untuk lawatan sehari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.

Pesawat khas baginda mendarat pada jam 11 malam.

Ketibaan Sheikh Tamim, yang menaiki takhta sebagai Emir Qatar yang kelapan pada 25 Jun 2013, disambut oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Baginda merupakan antara pemimpin dunia bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani menghadiri sidang kemuncak tersebut yang bermula di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini dan berakhir Sabtu ini.

Sidang Kemuncak KL bertujuan antara lain, membincangkan dan mencari penyelesaian baharu dan boleh dilaksanakan untuk masalah yang menimpa dunia Islam.

Menghimpunkan pemimpin, cendekiawan, ulama dan pemikir Islam, persidangan itu juga berhasrat untuk menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam selain berusaha untuk memulihkan tamadun Islam.

Kategori