Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

UFC Gantung McGregor Sebulan

LONDON - Conor McGregor digantung selama satu bulan oleh UFC berikutan kekalahannya kepada...

Manifestasi Bebangkitan Melayu Dan...

KUANTAN - Himpunan Perpaduan Ummah yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1...

Lapah Bangkai Kambing Untuk...

JEDDAH - Seorang pekerja ditahan polis selepas didapati sedang melapah bangkai kambing untuk...

VIDEO: Remaja Mampu Lentur...

MENGGERUNKAN.. aksi seorang lelaki yang menghadiri ujibakat rancangan realiti popular Britain's Got Talent...

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Sidang Kemuncak KL

SEPANG – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bertujuan menangani isu-isu yang membelenggu ummah dan dunia Islam.

Pesawat khas membawa presiden itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 1.30 tengah hari ini.

Ketibaan Erdogan disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Erdogan akan menyertai Pengerusi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin negara Islam pada sidang tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Sebelum ini, Presiden Iran, Hassan Rouhani tiba di Kuala Lumpur, malam tadi.


Sidang kemuncak tersebut ​​​​​​​antara lain bertujuan membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu serta yang boleh digunakan untuk masalah yang menimpa dunia Islam dan menyumbang ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan negara-negara Islam.

Ia juga bertujuan untuk membentuk jaringan antara pemimpin Islam, cendekiawan, ulama dan pemikir di seluruh dunia serta menghidupkan semula tamadun Islam.

Kategori