Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Yayasan Nelayan Bakal Ditubuh...

JOHOR BAHARU - Kebajikan dan masa depan golongan nelayan pesisir pantai di Johor...

Menakutkan… Cacing Bersarang Dalam...

DUBAI – Seorang wanita berusia 55 tahun, Vineeta, menjalani pembedahan menakutkan untuk mengeluarkan...

Viral, Gambar Pekerja Bangla...

Shah Alam - Umpama artis, seorang pekerja restoran warga Bangladesh, Md. Raton Choukidar,...

Maklum Balas Pelaksanaan PBS...

BATU PAHAT - Kementerian Pendidikan akan mula mengumpul maklum balas daripada ibu bapa...

Farhash Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Yusoff Rawther

PETALING JAYA – Setiausaha politik presiden PKR Anwar Ibrahim mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammed Yusoff Rawther kerana “fitnah dan subjudis”.

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, ini berkaitan kenyataan Yusoff, yang merupakan bekas pembantu penyelidik di pejabat Anwar, di laman Facebook yang dipanggil “Solidariti buat Muhammed Yusoff Rawther” pada 4 Disember lepas.

“Saya sebelum ini dinasihatkan supaya tidak memberi komen untuk mengelakkan campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan Yusoff.

“Tetapi selepas mengkaji transkrip sidang akhbar oleh Yusoff baru-baru ini, kenyataannya adalah fitnah,” kata Farhash dalam satu kenyataan hari ini.

Farhash berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap Yusoff.

Unit Penyiasatan Jenayah Terancang Bukit Aman minggu ini melancarkan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Yusoff terhadap Anwar pada 7 Disember.

Seksyen 354 adalah berkaitan dengan penggunaan kuasa jenayah untuk mengecam kesopanan seseorang.


Anwar semalam memperuntukkan masa lebih 2 jam ntuk memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Polis juga mengiringi beliau ke rumah di Bukit Segambut, sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas aduan salah laku seksual terhadapnya.

Dalam laporan polisnya, Yusoff mengepilkan satu kenyataan bersumpah yang mendakwa Anwar cuba menyerangnya secara seksual di rumah beliau di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas serta bertujuan politik. – FMT

Kategori