Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PM Najib Umum 5...

SERI KEMBANGAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Tempoh Reman Pemimpin Muda...

PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap seorang pemimpin muda PKR Selangor dilanjutkan empat hari...

Singapura Harap Isu Maritim...

SINGAPURA - Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah...

Video: Warga Asing Pukau...

TERPEDAYA... Tular menerusi media sosial dengan rakaman video seorang juruwang wanita dipukau dua...

Gaji Minimum Naik RM100 Adalah Munasabah – Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Kenaikan RM100 terhadap gaji minimum kepada RM1,200 berkuat kuasa 1 Januari depan di 57 bandar raya dan bandar adalah munasabah pada ketika ini dan tidak akan menjejaskan keuntungan majikan secara ketara.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, kementerian itu menyokong kenaikan itu berikutan ia selari dengan peningkatan kos sara hidup lebih tinggi di bandar raya dan bandar pada kadar inflasi semasa.

“Sudah pasti adalah satu realiti yang diakui bahawa seseorang tidak boleh menggaji pekerja sepenuh masa dengan gaji di bawah RM1,200 di bandar raya dan bandar di Malaysia pada masa ini. Langkah meningkatkan kadar gaji minimum adalah usaha yang diambil kira bagi mengurangkan kemiskinan bandar dalam kalangan pekerja tempatan dan asing.

“Ia juga bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan untuk menetap dan bekerja di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Malah Teresa berkata, menerusi prinsip kesaksamaan, peningkatan RM100 untuk gaji pekerja asing adalah selaras dengan standard antarabangsa terutama untuk mengelak diskriminasi mengenai gaji dan layanan terhadap pekerja tempatan dan asing.


Di bawah Teras Ketiga Manifesto Pakatan Harapan: Merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, parti itu mengetengahkan janji untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun.

Sehubungan itu beliau berkata, kenaikan RM100 bagi pekerja di bandar adalah antara pendekatan awal yang diambil kerajaan ke arah matlamat itu.

Kategori