Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Singapura Naikkan Kadar GST...

SINGAPURA - Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dari tujuh kepada sembilan...

Sri Lanka Pecah Rekod...

COLOMBO - Sri Lanka akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia menerusi pokok Krismas yang...

Polis Serah Laporan Bedah...

CHERAS: Polis menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua ke atas bekas Ketua Pegawai...

Mahathir Akan Bertemu Ketua...

SINGAPURA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini untuk...

Hampir 80% Graduan Menganggur 6 Bulan Selepas Graduasi

KUALA LUMPUR – Hampir 80 peratus graduan menganggur sedang aktif mencari pekerjaan dan bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, sejumlah 79.7 peratus siswazah mengganggur dalam tempoh kurang enam bulan selepas graduasi manakala hanya 11.9 peratus menganggur dalam tempoh enam bulan hingga kurang setahun.

“Sejumlah 79.7 peratus graduan menganggur bagi tempoh kurang enam bulan disusuli 11.9 peratus menganggur dalam tempoh enam bulan dan kurang setahun.

“Pengangguran jangka panjang bagi tempoh melebihi setahun adalah sebanyak 8.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kadar siswazah menganggur di Malaysia turun sebanyak 3.9 peratus pada 2018 kepada 162,000 orang berbanding empat peratus sebelum ini.

Tahun lepas, Malaysia melahirkan sejumlah 4.96 juta siswazah atau kira-kira 20.3 peratus daripada usia populasi pekerja di negara ini.

Menurut Kaji Selidik Gaji dan Upah 2018 yang dijalankan oleh Jabatan Statistik mendapati median gaji dan upah bulanan bagi para graduan yang bekerja tetap adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM3,936 pada tahun lepas berbanding RM3,550 pada 2017.

Siswazah yang diterima bekerja dalam kategori berkemahiran memperolehi pendapatan sebanyak RM4,684 manakala dalam kategori separa mahir menerima RM2,139.


Jabatan Statistik berkata, kadar penyertaan tenaga buruh bagi graduan meningkat sebanyak 0.3 peratus mata peratusan tahun ke tahun kepada 83.6 peratus tahun lepas.

Angka tersebut mewakili 4.15 juta orang, daripada jumlah tersebut 3.99 juta adalah graduan yang telah diterima bekerja, naik 8.2 peratus berbanding 3.69 juta pada 2017.

Dari segi agihan graduan yang diterima bekerja dengan aktiviti ekonomi, lebih dua pertiga (79.7 peratus) adalah tertumpu dalam sektor perkhidmatan diikuti sektor pengilangan (12.5 peratus).

Dalam pada itu, sejumlah 16.4 peratus atau 811,800 daripada keseluruhan graduan berada di luar pasaran kerja berbanding 16.7 peratus atau 769,100 pada 2017.

Katanya, ini disebabkan 34.5 peratus daripada mereka mengambil keputusan keluar daripada pasaran kerja kerana tanggung jawab terhadap rumah tangga atau keluarga manakala 30.5 peratus pula disebabkan menyertai program pendidikan atau latihan.

Ini disusuli sebanyak 27.8 peratus yang bersara atau telah berusia.

Kategori