Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sokong Maghribi Tuan Rumah...

DHAHRAN - Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Maghribi, Nasser Bourita berkata Sidang Kemuncak...

Kecoh, Wanita Lahirkan Anak...

MENGEJUTKAN dan sukar dipercayai tetapi media massa di Nigeria mendakwa seorang wanita telah...

BN Terengganu Yakin Bakal...

DUNGUN - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin menang besar pada Pilihan Raya Umum...

Yahoo Tamatkan Perkhidmatan 20...

NEW YORK: Yahoo mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan lebih 20 peratus kakitangan menjelang...

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu beliau meletak jawatan susulan kontroversi pemendekan tempoh perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Hans berkata, beliau bersedia dipecat sekiranya dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan bukannya melalui desakan persatuan.

“Saya dilantik oleh Menteri bukannya persatuan artis. Sepanjang kepimpinan baharu, saya bertindak mengikut peraturan, arahan ahli lembaga pengarah dan Akta 244 dalam kementerian,” katanya pada sidang media khas di Pawagam Mini P Ramlee, Finas, Hulu Kelang, hari ini.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Finas, Onn Norshal; Timbalan Ketua Pengarah Finas; Subaidah Md Top dan Timbalan Pengerusi Finas, Affendy Ali Dally.

Kelmarin, enam persatuan artis iaitu Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) mendesak Hans dan Gobind meletak jawatan selain mendakwa mereka memiliki kepentingan peribadi dalam pentadbiran Finas.

Hans juga menafikan beliau tidak memberi tekanan kepada Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh berkhidmat sebaliknya ia kemahuan Ahmad Idham sendiri.

“Terpulang kepada mereka untuk menuduh dan kami tidak boleh menghentikan tuduhan itu. Saya bersama ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan akan melaksanakan semua amanah yang diberi,” katanya.

Berhubung dakwaan persatuan yang mengatakan sukar untuk bertemu kepimpinan baharu Finas, Hans menolak dakwaan berkenaan.

“Sudah beberapa kali kami menjemput mereka hadir ke majlis dialog tetapi tidak datang. Mereka juga sudah lama mengenali malah menyimpan nombor telefon saya.

“Jika ada masalah, bertanyalah dan boleh berbincang bukan menuduh secara melulu di laman sosial. Saya tiada masalah bertemu persatuan jika itu dimahukan mereka,” katanya.


Dalam pada itu, Hans mungkin mengambil tindakan terhadap enam persatuan terbabit yang didakwanya melemparkan pelbagai fitnah hingga menjejaskan nama baiknya.

“Saya orang yang berdisiplin, berintegriti dan sama rata. Saya tidak tahu daripada mana persatuan mendapat maklumat berkaitan itu dan ini,” katanya.

Menurutnya, setakat ini Ahmad Idham masih Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan mereka sentiasa berkomunikasi bagi menentukan hala tuju Finas.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak mengenai dia dan ahli lembaga pengarah menghabiskan RM100,000 untuk melancong di Singapura, baru-baru, Hans menegaskan ia tidak benar.

“Kami ke sana atas urusan kerja dan perbelanjaan adalah di bawah RM50,000. Kami cuba berjimat apabila menggunakan penerbangan tambang murah selain menggunakan Grab,” katanya.

Katanya, kunjungan mereka ke negara itu bertujuan membawa masuk pendapatan RM90 juta ke dalam industri seni tanah air.

“Kunjungan itu memerlukan ahli lembaga pengarah ke negara berkenaan. Kami menerima jemputan pada saat akhir dan jika kakitangan Finas ke sana, prosesnya memakan masa yang lama,” katanya. – myMetro Online

Kategori