Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

RM35 Juta Tuntutan COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 67,000 tuntutan berkaitan COVID-19 di bawah inisiatif PRIHATIN MySalam dengan...

Junta Thai Takut Mangkuk...

Bangkok - Pihak berkuasa Thai merampas hampir 6,000 mangkuk merah yang tertera mesej...

KFA Tiada Masalah Dapatkan...

SUNGAI PETANI - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakinĀ usahanya untuk mendapatkan lesen kelab...

Nasihat Netizen Untuk Datuk...

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Peribahasa ini sangat sesuai untuk...

Hanya Lokman Datang, Prosiding Kes Hishammuddin Tangguh

KUALA LUMPUR – Prosiding lembaga disiplin kes surat tunjuk sebab terhadap bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini ditangguhkan buat kali ketiga.

Sesi yang dijadualkan berlangsung jam 2 petang tadi di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini hanya dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam.

Lokman berkata, beliau dimaklumkan oleh ahli Lembaga Disiplin parti bahawa prosiding itu ditangguhkan dengan alasan terpaksa akur arahan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mendakwa ia bukan kali pertama cubaan Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa untuk membatalkan siasatan ke atas Hishammuddin yang dituduh dengan beberapa kesalahan antaranya mempengaruhi beberapa pemimpin di Sabah untuk melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

ā€œSaya amat kecewa, bagi saya Hishammuddin adalah pengkhianat parti yang tidak boleh dibiarkan dan tiada siapa patut lindungi beliau.

ā€œBukan hanya maklumat saya terima daripada akar umbi parti, saya juga menerima maklumat dari pihak Arab Saudi bahawa beliau membantu memperbaiki kedudukan hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Arab Saudi.

ā€œOrang ini (Hishammuddin) hari ini menjadi alat kepada musuh UMNO dan saya tak faham kenapa pada kali pertama jawatankuasa disiplin siasat kes ini, mereka arah hentikan siasatan.

ā€œKali kedua mereka siasat selepas saya buat laporan, sekali lagi mereka arah henti siasatan. Presiden parti dalam ā€˜groupā€™ ketua bahagian mengatakan bahawa beliau mendapat kebenaran daripada perwakilan, …ini tak benar sama sekali,ā€ katanya menerusi video dimuat naik menerusi Facebook, hari ini.

Lokman turut mendakwa Ahmad Zahid membuat keputusan sendiri mengatakan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu bersetuju supaya kes Hishammuddin ditutup.

ā€œIni ā€˜bullshitā€™, ia tidak berlaku, …apa yang dia cakap dalam sesi penggulungan adalah kes ini kita tutup kerana ia hanya khabar angin,ā€ katanya.


Beliau turut menegaskan Lembaga Disiplin sewajarnya diberi tanggungjawab dengan bebas dan tidak sepatutnya Presiden dan Setiausaha Agung mengarahkan siasatan dihentikan.

Ahli Lembaga Disiplin wajar meletakkan jawatan jika berpandangan tugas mereka dihalang oleh Presiden parti.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Lokman berkata, keputusan Tan Sri Apandi Ali meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berprinsip dan mementingkan maruah diri daripada jawatan dalam parti.

Lembaga Disiplin sepatutnya adalah sebuah badan bebas yang tidak boleh disekat daripada menyiasat sesiapa sahaja tanpa dihalang termasuk oleh Presiden.

ā€œTindakan Presiden UMNO ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan parti dan menghina kedudukan Pengerusi dan Lembaga Disiplin parti.

ā€œSebarang langkah untuk menyapu kes Hishammuddin ke bawah karpet atas alasan mahu memastikan Ahli Parlimen UMNO kekal bersama dan untuk membuat keputusan secara ā€˜en-blockā€™ jelas membuktikan bahawa ada perundingan sedang berlaku untuk membentuk kerjasama dengan BERSATU.

ā€œApa sudah jadi dengan janji tidak mahu mewujudkan Kerajaan Pintu Belakang?ā€ soalnya. – BH Online

Kategori