Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wabak Kepialu Landa Kem...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, terdapat wabak...

Perogol Dipotong Alat Sulit...

INDIA – Seorang lelaki, Suresh Kumar yang ditangkap ketika cuba merogol seorang gadis...

Curang Dengan Anak Tiri,...

BUCHAREST - Seorang lelaki yang juga seorang penyanyi bertaraf jutawan di Romania telah...

Sajat Bersembunyi Di Thailand

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat dipercayai...

Harga Bawang Kecil India Naik 3 Kali Ganda

KANGAR – Harga bawang kecil India naik tiga kali ganda daripada harga asal iaitu RM4 sekilogram menjadikannya kini RM14.

Berdasarkan tinjauan di Pasar Besar Sena, keadaan ini berlaku ekoran bekalan bawang kecil itu susut sejak dua bulan lalu.

Peniaga Runcit, Karuna Karan berkata, bagi menggantikan bawang kecil India, peniaga menjual bawang kecil Karachi dari Pakistan, yang berharga RM9 sekilogram, berbanding hanya RM3 pada asalnya.

Menurut Karuna, ini kali pertama kenaikan mendadak berlaku bagi bawang, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

“Sekarang ni pembekal pun tak hantar bawang India kepada kami, semua hantar bawang Pakistan Karachi sahaja.

“Bekalan Bawang India cukup payah sekarang, depa hantar bawang China, lembik dan berair jadi kalau kita ambil pun akan rugi,” katanya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Perlis, Khairul Amin Talib melihat bawang yang dijual dengan harga yang berganda mahal ekoran tiada bekalan.

Dalam masa yang sama, golongan pengguna turut berkongsi kegusaran dan menyifatkan harga bawang kecil India hampir menyamai harga ikan kembung.


Sungguhpun begitu, mereka terpaksa membeli walau dalam kuantiti kecil, kerana bahan itu perlu digunakan untuk masakan.

Pengguna, Syammah Tam, 67 berkata mahu dia tetap perlu berbelanja untuk membeli bawang ini kerana perlu digunakan setiap kali memasak.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Perlis, Khairul Amin Talib berkata daripada 58 premis yang dipantau, 95 peratus premis mula menaikkan harga bawang sejak September lalu.

Namun rekod terkini, cuma tinggal tiga premis sahaja di seluruh Perlis yang menjual bawang kecil India selepas bekalannya susut mendadak sejak Oktober.

“Setakat ini tiada aduan diterima berhubung kenaikan harga bawang dan Insya-ALLAH bekalan bawang kecil India dijangka pulih selepas perayaan Tahun Baharu Cina, tahun hadapan,” katanya.

Kategori